Gen-Y, Harian Metro (18/8/2016)


Alhamdulillah, satu artikel perkongsian pengalaman saya tersiar. Sebenarnya artikel ni dihasilkan dalam agak tergesa-gesa juga. Dua hari sebelum diterbitkan. Haha. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik, terima kasih kepada Kak Syuhada dari meja Gen-Y, Harian Metro yang memberikan kepercayaan dan ruang untuk saya.

Istimewanya artikel kali ni sebab memfokuskan lebih sikit pada Program Hasif Hadir 2016 yang berlangsung ketika itu. Sebab itu gambar-gambarnya juga daripada album gambar sekitar program tu.

Nantikan video Diari Hasif Hadir 2016 di blog ni dan sementara tu, bacalah artikel ni. :)

*klik gambar untuk paparan lebih besar

Trick 3D Menakjubkan di Magic Art Museum


Seni lukisan 3D memang sentiasa menarik perhatian. Tanpa perlu memakai apa-apa aksesori dan hanya perlu berdiri pada kedudukan tertentu, lukisan yang tadinya nampak 2D seolah-olah timbul dan 'hidup'! Tapi cuba korang bayangkan apabila 50 lukisan 3D ditempatkan di bawah satu bumbung.

Ya, saya tak salah taip. 50 lukisan 3D! Di mana lokasinya? Tak lain dan tak bukan, di Magic Art Museum, Bukit Katil, Melaka.

MAHU TONTON VIDEO TRAVELOG MAGIC ART MUSEUM SAYA? KLIK SINI !

Apa yang lebih mengujakan, dengan 50 lukisan 3D ni, korang boleh gayakan lebih 100 pose kalau korang betul-betul kreatif. Cukuplah untuk membuat followers korang dekat Instagram cemburu dengan gambar-gambar awesome selama lebih 100 hari!

Untuk memberikan kelainan, 50 lukisan 3D ni dibahagikan kepada sembilan tema berbeza misalnya fantasi, akuarium, cabaran, Angkor Wat, Antartika, Egypt dan sebagainya. Kesembilan-sembilan tema ni tak boleh satu pun dilepaskan sebab semuanya memang unik dan cantik-cantik belaka!
Di bahagian Angkor Watt. Kena pandai cari angle tapi kalau susah, cuma ikut saja tempat panduan yang disediakan!
Di bahagian cabaran (adventure). Memang realistik betul, kan?
Di bahagian Egypt. Meh ikut saya belikan baju sopan sikit. Haha
Bahagian akuarium dengan sotong gergasi yang mengganas!
Bermain dengan penguin di bahagian Antartika. Ha, beruang tu tak akan bangun. Jangan risau.
Jalan-jalan sekitar Bandar Hilir dari sini pun boleh. Naik beca lagi!

Saya juga dimaklumkan bahawa tempat ni jugak menjadi pilihan untuk shooting gambar perkahwinan tau! Kalau korang nak set yang rare sikit untuk album perkahwinan korang, jangan ragu-ragu untuk datang kat sini. Mesti takkan kecewa!

Apa yang membezakan muzium ni berbanding muzium 3D lain, lukisan-lukisan di Magic Art Museum ni menggunakan cat minyak hasil lukisan tangan penuh berseni pelukis daripada Thailand. Kalau di muzium lain, mereka menggunakan wallpaper saja tau.
Konsep ala-ala rumah terbalik pun ada jugak!
Terjumpa dengan keluarga baba nyonya, ambil peluang untuk berselfielah!
Oops! Haha. Sorry bang!
Fahamlah kau sibuk nak mengamuk, jangan sampai tak potong lebihan bulu. Haha
Kalaulah boleh terbang...
Misi selamatkan member dengan wajah riang.
Eh, bersejarah betul gambar ni!
Run rabbit run!
Demi cinta.. Ecewah
Ular gergasi tengah bangunan!

Ha, ini baru sikit je tau gambar-gambar! Korang kena datang sendiri kalau nak alami lebih lagi. Sementara tu, boleh tengok video yang saya sediakan. KLIK SINI !

Selain tu, disebabkan saiz muzium ni sangat besar dan sangat luas dengan pelbagai lukisan ditawarkan, ramai orang boleh dimuatkan dalam satu-satu masa. Kalau di tempat lain, sampai perlu beratur menunggu giliran!

Sekarang sedang ada promosi tau. Tanpa MyKad, RM25 dan tanpa MyKid, RM20. Tapi kalau dengan MyKad, cuma RM20 dan dengan MyKid, cuma RM15!

Ha, bolehlah rancang untuk singgah ke sini kalau ke Melaka! Berikut ialah butirannya:

Alamat:
MAGIC ART MUSEUM
G13, G15, G16, Bayou Square,
Jalan Wakaf Utama,
75450 Bukit Katil, Melaka.

Waktu Perkhidmatan:
Isnin - Jumaat: 10 pagi - 7 malam
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum: 9 pagi - 9 malam

Nombor Telefon:
06 - 2311 604

Facebook:

Glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas!


Glamping atau glamor camping ialah trend percutian yang makin mendapat perhatian tapi ramai antara kita masih belum tahu mengenainya. Dan kalau anda mahu berkenal-kenalan dengan apa sebenarnya glamping ini, saya mahu cadangkan satu tapak glamping yang terkenal dalam kalangan kaki glamping.

Kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur, tak ramai yang tahu bahawa terdapat sebuah tapak glamping di Bentong, Pahang. Dan tapak glamping itu dinamakan Caravan Serai Exclusive Private Villas!

KLIK SINI untuk tonton video travelog di  
Caravan Serai Exclusive Private Villas!

Kehadiran saya bersama dua orang lagi rakan disambut resepsionis yang sangat ramah sebelum Christie hadir sama.

Kebetulan, ada satu majlis sedang berlangsung ketika itu dan saya bersama-sama seorang lagi rakan bersetuju membantu Christie menangkap gambar sekitar majlis.

Selepas itu, barulah kitorang dapat berehat dan menikmati percutian glamping yang sangat istimewa ini. Manakan tidak, kitorang dimaklumkan hanya kami yang akan menginap di sini selama dua hari satu malam. Barangkali kerana saya memilih tarikh hari bekerja jadi memang kawasan ini sunyi sepi sebab tiada orang kecuali kitorang dan pekerja yang sentiasa manis melayan kitorang semua.

Perkara yang paling jelas membezakan glamping dan camping ialah dari segi keselesaan. Kalau konsep camping lebih kepada sekadar mendapatkan tempat tidur tanpa mempedulikan ruang yang sempit atau lantai tanah yang berlekuk-lekuk dan berhadapan risiko seperti khemah akan basah ketika hujan, runtuh bila angin kuat dan kemungkinan ada 'serangan' serangga menggelikan atau berbahaya, glamping adalah segala yang kontra!

Glamping mendefinisikan konsep percutian outdoor yang cukup selesa dengan khemah yang luas, katil yang empuk, sudut santai dengan kerusi dan meja, jauh dari apa-apa risiko termasuk serangga bahkan pada sesuatu kawasan glamping seperti di Caravan Serai Exclusive Private Villas ini, tandas yang bercantum dengan khemah juga ada!

Jom tengok apa yang ada di khemah saya.

Khemah saya dinamakan Deluxe Safari Tent. Seperti yang saya katakan, di khemah ini terdapat sebuah katil bersaiz queen untuk dua orang dan perkakas asas macam kerusi dan meja. Tapi yang menjadi highlight ialah, khemah saya turut dilengkapi dengan pendingin hawa dan jugak tandas bercantum!
Beginilah rupa khemah sebaik kaki melangkah masuk. Cantik, kan?!
Meja dan kerusi untuk bersantai. Hujung tu ada air-conditioning!
Ruang tandas yang luas dan selesa.
Lebih beruntung lagi, di hadapan khemah saya terdapat sebuah kolam renang yang bersaiz sederhana. Cukuplah untuk kami berempat bersantai. Apatah lagi, kolam ini bukan diisi dengan air paip sebaliknya air sungai!
Bergambar di hadapan khemah kami.
Apa aktiviti dekat sini?

Petang selepas kami sampai kat sini, kami cuma bersantai. Merendam kaki di tepi kolam sambil ada member yang mandi.

MAKAN MALAM STEAMBOAT DAN BARBECUE
Ada gaya chef selebriti tak? Ahahaha
Dalam pukul lapan malam, kami bersiap untuk makan malam. Ada dua jenis hidangan yang boleh dipilih iaitu steamboat atau BBQ. Memandangkan kami empat orang, jadi sepakatlah semua untuk memilih dua kepala untuk steamboat dan dua lagi untuk BBQ. Dapatlah rasa kedua-duanya sekali.

Apa yang saya boleh katakan, memang portion dia banyak gila. Kenyang yang amat! Sebenarnya, korang pun boleh pilih sama ada nak makan kat ruangan terbuka macam yang kami pilih ini atau di Keratong Riverside Restaurant diorang. Kami pilih ruangan terbuka sebab ada BBQ port dan lagi satu esok pagi pun kami akan minum pagi di Keratong Riverside Restaurant tu.
Makanan untuk steamboat. Hehe..
Makanan banyak buat kami tidur dengan lena gila malam tu!
BERBASIKAL

Sebenarnya berbasikal ialah aktiviti yang disediakan untuk waktu siang hari. Cuma sementara kami bersantai dengan pekerja di situ, kami pun ambil lah kesempatan untuk turut berbasikal. Itu pun sekejap saja. Sekadar merasa.

Tenang gila berbasikal dekat sini walaupun sekadar di kawasan dalam Caravan Serai Exclusive Private Villas ni. Kalau waktu malam pun dah rasa sangat santai lagi tenang, mesti kalau waktu pagi jauh lebih best.

Dan kemudian kami masuk khemah, layan satu filem daripada komputer riba saya sebelum tidur.

NATURE WALK
Kalau morning walk ni, korang kena nikmati juga pemandangan sekeliling, jangan asyik pandang bawah je. Haha.
Paginya, dalam pukul lapan, kami bersiap untuk aktiviti nature walk. Konsepnya sama macam night walk cuma nature walk ini waktunya pagi.

Aktivitinya tak berat sangat. Sangat sesuai dijadikan aktiviti berkeluarga. Laluannya pun tak terlalu susah. Kami dibawa mendaki bukit dan menikmati pemandangan yang tak kurang awesome dari situ. Kemudian dalam perjalanan menuruni bukit, kami diberi pengalaman menoreh getah dan meredah sungai (river-crossing). Pasal kasut korang tak perlu risau. But kuning pun disediakan sebelum korang memulakan morning walk ni.

Tapi walaupun aktiviti ni tak mencabar sangat, adalah dinasihatkan untuk tetap korang buat aktiviti memanaskan badan. Pada sesetengah orang, akan cepat mengah juga walaupun part mendaki tu taklah tinggi sangat.
Bergaya bangun tidur dengan kasut Phua Chu Kang. Haha
Pemandangan yang mengagumkan bila sampai ke puncak.
Pertama kali belajar menoreh getah. Haha
 SARAPAN PAGI
Bersedia untuk mengisi perut!
Sarapan kami yang simple tapi sangat tempting!
Kemudian, kami dipelawa untuk bersarapan. Sarapannya simple saja; cuma nasi goreng dengan sosej dan nugget ayam tapi sedap jugak! Mungkin sebab pagi tu semua tengah kebulur, maka dengan berseleranya kami semua habiskan sarapan.

AKTIVITI LAIN

Mahu rasanya kami tidur untuk satu malam lagi di sini. Tapi disebabkan faktor tugasan lain yang perlu kami lakukan balik rumah masing-masing nanti, maka memang tak ada pilihan lain. Rugi juga sebab ada banyak lagi aktiviti best yang boleh dibuat kat sini? Apa dia? Nah:
  • Karaoke
  • ATV Ride
  • Tele-match
  • Volleyball
  • Ping Pong
  • Paintball
Exciting kan aktiviti dekat sini?!

KEMUDAHAN LAIN

Terdapat 13 unit Deluxe Safari Tent dekat sini dan selain tu, ada juga Caravan Suite. Caravan Suite ni lebih macam rumah kecil yang agak mewah di dalam kawasan yang dekat dengan hutan.

Surau untuk lelaki dan perempuan juga turut disediakan jadi korang tak perlu risau tercari-cari tempat untuk bersolat atau tertanya-tanya dekat mana arah kiblat. Bahkan kalau korang mahu rasa selesa, boleh sahaja bersolat di khemah masing-masing memandangkan khemah tu sangatlah luas.

Airbed yang selesa!
Kalau korang rasa mahu sewa satu khemah sahaja yang pada asalnya cuma muat dua orang, korang masih boleh ajak yang dua orang lagi tidur dalam khemah sama. Kan dah kata, khemah ini sangat luas! Tapi tak bermaknalah korang tanpa hati perut biarkan yang dua lagi tidur atas lantai karpet tu. Haha. Demi memaksimakan keselesaan untuk semua, korang boleh minta katil angin (air-bed) daripada pihak Caravan Serai Exclusive Private Villas sendiri. Jadi semua akan menikmati tidur yang sangat lena.

Wi-Fi? Harap maaf, ya. Dekat sini tiada wi-fi dan signal pun susah dapat. Tapi apa salahnya untuk betul-betul menghabiskan masa dengan orang tersayang dengan sepenuhnya dan menjauhkan diri buat seketika dari dunia luar? Manfaat masa yang ada semaksima mungkin!

Kedai serbaneka pun ada jugak dekat sini. Kalau korang nak beli snek sambil bersantai tepi kolam atau water gun untuk main air pun ada jugak. Pendek cerita, korang boleh enjoy percutian glamping ni pada tahap paling maksima weyh!

Selain tu, kalau korang rasa nak buat gathering ke, reunion ke, team building ke, Caravan Serai Exclusive Private Villas ni sangat sesuai. Segala kemudahan seperti yang saya dah katakan. Sebagai tambahan, kat sini pun jugak ada camp fire tau!
Kalau pada waktu malam, mesti akan lagi hidup ruangan camp fire ni. Tambah-tambah ada gitar. Pergh!
Lokasi wajib bergambar sebagai kenangan!

Saya dah rasai sendiri pengalaman glamping buat pertama kali. Kalau korang sendiri nak rasa, cepat-cepat hubungi nombor pada maklumat yang tertera!

ALAMAT:
Caravan Serai Exclusive Private Villas
Lot 3159& 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras,
28700 Bentong, Pahang Darul Makmur,
Malaysia

KEDUDUKAN:
Latitude: 3.623948 Longitude: 101.873007

NOMBOR TELEFON
03-7972 3655 / 016-213 7387

FACEBOOK
KLIK SINI 

==================================================
Berikut ialah kadar harga dekat sini. Korang bolehlah buat pilihan mengikut bajet masing-masing. Apa yang pasti, memang sangat berbaloi!

*Promosi yang dinyatakan boleh juga didapati di Groupon.my . Update: 14 Ogos 2016

PAKEJ PROMOSI UNTUK 2 HARI 1 MALAM (2D1N)

Hari biasa (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi dan aktiviti 'Nature Walk' untuk dua (2) orang
  • RM198 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa dan katil bersaiz queen 
  • RM188 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hari biasa (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi, aktiviti 'Nature Walk' dan steamboat untuk empat (4) orang
  • RM518 - 2 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hari biasa pada waktu puncak (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi dan aktiviti 'Nature Walk' untuk dua (2) orang
  • RM308 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa dan katil bersaiz queen 
  • RM298 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hari biasa pada waktu puncak (Isnin-Khamis) termasuk sarapan pagi, aktiviti 'Nature Walk' dan steamboat untuk empat (4) orang
  • RM718 - 2 unit Deluxe Safari Tent dengan kipas (standing fan) dan katil single twin-sharing

Hujung minggu biasa (Jumaat-Ahad) termasuk sarapan pagi dan aktiviti Nature Walk untuk dua (2) orang
  • RM288 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa / kipas (standing fan) dan katil saiz queen / single twin-sharing

Hujung minggu pada waktu puncak (Jumaat-Ahad) termasuk sarapan pagi, aktiviti Nature Walk untuk dua (2) orang
  • RM358 - 1 unit Deluxe Safari Tent dengan pendingin hawa / kipas (standing fan) dan katil saiz queen / single twin-sharing
===========================================================
A picture to end this entry!
Terima kasih Caravan Serai Exclusive Private Villas!

Eksplorasi Kepulauan Mersing bersama Oh Jalan!


Bercakap tentang pulau di Mersing, mesti kebanyakan antara kita hanya akan terbayang Pulau Tioman atau Pulau Rawa. Ya, Pulau Tioman dan Pulau Rawa memang antara yang tercantik tapi ramai yang tak tahu, di sekitar dua pulau ini juga, ada lebih lima pulau yang tak kurang cantiknya!

Bertuahnya saya dan sembilan orang lagi blogger terpilih oleh agensi pelancongan Oh Jalan! untuk menjadi yang pertama merasai sendiri pakej terbaharu yang bakal diperkenalkan. Pakej ini akan membawa korang meneroka antara pulau terbaik yang 'tersorok' di sebalik Kepulauan Mersing!

Tak percaya? Jom teruskan baca.

p/s: Entri ini agak berat sebab banyak gambar yang bakal membuktikan kata-kata saya. ;)

Mahu lihat pulau ni dengan lebih realistik? Tonton video travelog saya: KLIK SINI
Here, a teaser to tease you. Scroll my profile for more photo teasers. Hehe 😎 . Eksplorasi Kepulauan Mersing oleh OH JALAN, bersama Travel Bloggers jemputan - Penganjur: @ohjalan Penaja kenderaan: KLEZCAR (HQ) / 1-300-88-4040 Penaja penginapan: Hotel Bluewater, Mersing / 07-798 2846 Penaja makanan: Hentian Bendang, Air Papan / 019-773 6655 Penaja tshirt: Print DTEE Studio, Kemaman / 014-514 1022 #ohjalan #ohjalanXkepulauanmersing #gayatravel #projektravel #instatravel #tourkaki #travel #traveller #traveldiaries #wanderlust #travelawesome #travelstagram #malaysiantraveller #gengsukatravel #alwaysatraveller #beyondtravels #islands #goasean #travelblogger #bloggerlife #surroundmewithwater #livetravelchannel #lovetheworld #travelslifee #welivetoexplore #dekatje @gpmofficial @gopro_jb #naktravel
A video posted by HASIF HAMSYARI (@hasifhamsyari) on

Kembara saya bermula pada 22 Julai 2016, di mana saya tiba di Terminal Bersepadu Selatan dan berkumpul bersama rakan blogger dan wakil Oh Jalan sebelum bertolak pada 12.30 tengah malam. Kami tidur dalam Hyundai Starex tajaan KLEZCAR sampailah ke Masjid Jamek Mersing dalam 5 pagi. Selesai bersolat dan bersarapan, kami pun bersedia untuk bertolak dari Jeti Penumpang Mersing.

Now, ladies and gentlemen, I present you Mersing's best kept secret! 
Jom teroka!

1. Pulau Harimau: Keunikan Pulau Berlumut!
Di dalam lubang gua tu terdapat satu lagi kawasan rekreasi yang sangat cantik tau!
Persinggahan pertama kami ialah Pulau Harimau. Pulau yang tak berpenghuni ni sangat unik disebabkan pulaunya tidak memiliki hutan sebaliknya hanya berlumut atau berbukit lalang sahaja. Selain tu, di pulau ini jugak ada gua paras laut!

Pulau ini adalah pulau yang dilindungi sebenarnya jadi tak semua orang dibenarkan masuk. Tapi
yang pasti, menikmati keindahan pulau ni sendiri je pun dah cukup buat kita rasa kagum. Pulau Harimau pastinya pulau yang cukup cantik!
Pemandangan indah Pulau Harimau dari hadapan.
Jangan lupa untuk merakamkan kenangan di setiap pulau yang disinggah!
 2. Pulau Mensirip: Di Mana Bersemayam Replika Mahkota Johor!
Pulau Mensirip dengan struktur geografi yang tersendiri.
Pulau Mensirip adalah pulau persendirian. Kalau korang nak tahu, di pulau inilah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah merasmikan Taman Dasar Laut Sultan Iskandar pada April 2015! Lagi menakjubkan, di dasar laut Pulau Mensirip inilah baginda telah menunjukkan kemahiran menyelam kira-kira 8 meter ke dasar laut dan meletakkan replika mahkota Johor sambil disiarkan secara langsung di sebuah layar gergasi disaksikan tetamu-tetamu kenamaan.

Apa yang pasti, Pulau Mensirip sememangnya sebuah pulau yang cukup mengagumkan. Apatah lagi pada korang yang kaki snorkelling atau diving!

3. Pulau Gual: Keindahan yang Tak Terungkap
Di sini juga ada gua!
Antara pulau tercantik di Kepulauan Mersing, Pulau Gual punya daya tarikan yang sememangnya sukar dilepaskan tatkala sekali terpandang! Serasa tak akan puas menatap betapa indahnya pulau yang memiliki gua yang boleh menghubungkan terus ke bahagian belakangnya ini.

4. Pulau Hujung: Jawapan untuk Percutian Sempurna!
Kesimpulan saya untuk Pulau Hujung; 'syurga' untuk mencari ketenangan.
Sudah tiga pulau kami sekadar lalu dan bergambar dari atas bot sahaja. Tapi di Pulau Hujung ini, masanya untuk merasa sendiri, pegang pasir halus yang memutih, snorkelling dan berendam dalam airnya yang super jernih, berbaring atas pesisir pulau membiar diri dilimpah cahaya matahari yang terang atau dihempas lembut ombak laut yang sejuk, berdiri mahupun duduk atas batu-batuan sambil mengeringkan diri dan  membiarkan deru angin laut menampar diri sendiri kemudian bersantai keseorangan menikmati pemandangan menakjubkan.

Inilah erti percutian yang sebenar!
Wahhh! Siapalah yang tak tenang dengan pemandangan macam ni!

Dengan adanya wakil Oh Jalan!, kebajikan kami pun sangat terjaga dan teratur. Di sini jugalah kami menikmati makan tengah hari kami dengan penuh berselera. Manakan tidak! Sambal udang weyh! Yang pasti, haruslah kemas sebaik-baiknya setiap bekalan yang dibawa. Keindahan Pulau Hujung yang cukup luar biasa ini juga perlu dikongsi untuk jutaan lagi yang bakal singgah termasuk, siapa tahu, korang?

Persisiran pantai pulau ini yang cukup jernih dan langsung tak tercemar!
Di sini juga antara salah satu port untuk snorkelling tau!

5. Pulau Tengah: Destinasi Wajib untuk Shot Gambar Menarik!
Macam terapung pulak, kan?
Tarikan utama di Pulau Tengah ini ialah di sini terdapat satu bahagian yang mana menampakkan seolah-olah pulau ini terbelah di tengah-tengah. Tapi jangan risau, beting pasir dan batuan yang seolah menyambungkannya membolehkan korang berjalan dengan senang hati dan yang pasti, boleh bergambar dengan sepuas-puasnya sebab pemandangannya memang cantik!
Spot ni terlalu cantik untuk dilepaskan daripada bergambar. Haha.
Dan lagi...
Macam gambar pre-wedding, kan? Awwwww
Di kawasan air cetek dekat Pulau Tengah ini juga terdapat banyak batuan.
Di sini juga boleh trekking yang akan bawa anda ke sebuah resort yang terdapat di pulau ini. Saya sempat trekking tapi separuh jalan sahaja, sekadar mahu melihat pemandangan dari paras agak tinggi sikit.

6. Pulau Besar: Unik dengan Legenda Duyung
Tengoklah panorama belakang saya, macam lukisan!
Salah satu lagi pulau tercantik yang sangat rugi kalau korang terlepas pandang di Kepulauan Mersing ialah Pulau Besar. Berbanding pulau-pulau sebelum ini, Pulau Besar berpenghuni tapi serius tak ramai. Kalau pergi ke sini seolah-olah berada di sebuah perkampungan dengan suasana yang sangat damai, tenteram dan pemandangan yang sangat tak tercemar!

Di sini ada dua resort yang sedia menjadi rumah tumpangan anda untuk lebih menikmati pengalaman menakjubkan di pulau ni.

Sedikit sejarah ringkas, pulau ni dulu dikenali sebagai Pulau Babi Besar kerana dikatakan dulu di sini terdapat banyak babi liar. Tapi jangan risau sebab hari ini, tiada lagi babi liar kat sini. Dan yang lebih membuatkan Pulau Besar unik ialah kerana kisah legendanya.

Legendanya agak creepy jugalah tapi sangat menyedihkan. Ceritanya, dikatakan sepasang suami isteri yang merupakan nelayan di sini telah bertukar menjadi duyung. Si isteri yang bunting mengidamkan rumpai laut lantas si nelayan mencarinya. Apabila si isteri makan, dia bertukar menjadi duyung. Si nelayan yang sedih turut memakan rumpai itu dan akhirnya menjadi duyung jugak. The creepy part is, sehingga sekarang, kadang-kadang suami isteri duyung tu boleh dilihat timbul di permukaan memakan rumpai laut yang terampai. Jeng jeng jeng....

Legenda kekal menjadi legenda. Tetapi yang pasti, Pulau Besar memang antara tercantik yang wajib singgah!
Antara spot cantik untuk lepak mahupun bergambar.
Terima kasih, Oh Jalan, sebab bawa kami semua teroka pulau-pulau unik ni!

Itulah pulau-pulau yang saya dan rakan-rakan blogger terokai. Selepas tu, kami ke bandar Mersing untuk check-in di hotel tajaan yang sangat selesa dengan kemudahan asas dan yang pasti ada pendingin hawa, Hotel Bluewater, Mersing. Kemudian kami makan malam di restoran tajaan, Restoran Tepian Bendang, Mersing yang menghidangkan kami dengan mi bandung yang sangat power! Dan esoknya, kami pulang ke rumah masing-masing...

MAHU MERASAI SENDIRI PENGALAMAN YANG SAYA KONGSIKAN INI?

Cepat-cepat capai telefon korang dan dail 016-772 4594 sekarang! Kalau kebanyakan pakej cuma melawat tiga pulau, macam Pulau Harimau, Mensirip dan Gual sahaja atau Pulau Hujung, Pulau Tengah dan Pulau Besar sahaja. Tapi dengan pakej baru OhJalan, semua pulau ni korang boleh teroka dengan harga yang jauh lagi murah weyh!
=============================================================
PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:
Cepat pilih antara tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).

6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct, 22 Oct, 5 Nov & 26 Nov

ATAU

Tarikh pilihan anda sendiri jika 'group' anda bersaiz antara 8-11 orang.

Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!

Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)Bot 'chartered' khas
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling

Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot 'chartered' khas
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling
  • 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Team Oh Jalan
Tel: 016-772 4594
Emel : sales@ohjalan.com
Facebook: www.facebook.com/ohjalan
Instagram: www.instagram.com/ohjalan
 =============================================================
Okey, entri dah nak habis dah. Tapi sebelum tu, mahu saya rakamkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja seperti berikut:

PENAJA HOTEL:
HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535
Emel: hotel_bluewater@yahoo.com.my


PENAJA MAKANAN:
RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor
Tel: 019-7736655 / 019-7290001
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam
PENAJA PENGANGKUTAN:
KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040
Emel: fuad@klezcar.com

PENAJA PAKAIAN:
PRINT D TEE STUDIO
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah,
Kampung Mak Chili Paya, Chukai,
24000 Kemaman, Terengganu.
Tel: 014-514 1022
Facebook: http://facebook.com/PrintDteeStudio/
E-mel: printdtee@gmail.com
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang (Ahad-Khamis)